Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tujuh nelayan Vietnam ditahan, ceroboh perairan negara

KUCHING, 9 SEPT: Tujuh orang nelayan termasuk tekong warga Vietnam ditahan menerusi Operasi Khas pada jarak 167 batu nautika timur laut Tanjung Po, di sini pada Rabu.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Mohd Yunus, bot tersebut dipercayai bot nelayan asing Vietnam berdasarkan struktur fizikal dan nombor pendaftaran bot.

Jelasnya, bot tersebut cuba untuk melarikan diri  dari pemeriksaan dan penggeledahan bagaimanapun berjaya dipintas dan ditahan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Bot nelayan Vietnam yang ditahan penguatkuasa

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut tidak memiliki sebarang dokumen serta kebenaran  untuk melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan negara.

“Sementara tekong yang berusia lingkungan 19 hingga 45 tahun juga gagal mengemukan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, pihak APMM turut merampas hasil tangkapan ikan campur dalam anggaran 1,300 kilogram, peralatan menangkap ikan serta bekalan diesel dengan nilai keseluruhan bernilai RM600,000.

Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu menjalankan aktiviti perikanan di perairan Malaysia tanpa kebenaran yang sah serta Akta Imigresen 1959/63 kerana telah gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri.  

Jika disabitkan kesalahan, tekong boleh didenda sehingga RM6 juta, manakala anak kapal boleh didenda sehingga RM600 ribu setiap seorang dan vesel boleh dilucut hak kepada kerajaan Malaysia.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan