Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
LANGGAR SOP: POLIS RAKAM KETERANGAN LAPAN INDIVIDU TERMASUK PENYANYI LEGENDA
Polis Kontinjen Perlis menumpaskan sindiket penipuan pendaftaran kad prabayar yang berselindung di sebalik perniagaan syarikat telekomunikasi dengan memberkas tujuh individu termasuk tiga wanita Rabu lepas.

Polis buka kertas siasatan dakwaan gambar selebriti di IPD Nilai yang tular

SEREMBAN, (Bernama) — Polis Diraja Malaysia membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan gambar seorang selebriti dikatakan berada dalam bilik Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman dalam satu kenyataan memaklumkan selebriti wanita itu  telah membuat laporan polis mengenai perkara itu di IPD Nilai semalam.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Mohd Fazley berkata pihaknya memandang serius terhadap laporan yang dibuat  serta tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil jika siasatan mendapati wujud sebarang bentuk pelanggaran undang-undang dan prosedur siasatan.

“Kita menasihati orang ramai agar tidak mensensasikan  isu ini dan memberikan ruang kepada pihak polis menjalankan satu penyiasatan secara telus dan adil,” katanya.

— BERNAMA

Tags: #bm, artis, polis

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan