Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyelam skuba ditemukan lemas di Pulau Perhentian

Penyelam skuba ditemukan lemas di Pulau Perhentian

PASIR PUTEH, 2 Julai (Bernama) — Seorang penyelam skuba ditemukan lemas ketika mengikuti kursus selaman berhampiran Tokong Laut, Pulau Perhentian, Terengganu, dalam kejadian petang semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata mayat mangsa Mohamad Abbass Shabki, 22, ditemukan oleh penduduk kampung kira-kira 2.40 petang.

Beliau berkata terdahulu Bot Kilat 28 APMM Kelantan dengan kekuatan seramai lima anggota telah diatur gerak menuju ke lokasi kejadian yang jaraknya lebih kurang 12.7 batu nautika daripada Jeti Ibu Pejabat APMM Kelantan selepas menerima maklumat mengenai kejadian tersebut daripada Malaysia Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan.

“Sebelum ketibaan Bot Kilat 28, polis bersama komuniti pulau telah melakukan pencarian di lokasi terakhir mangsa dilihat. Mayat mangsa, Mohamad Abbass telah ditemukan oleh penduduk pulau lebih kurang pada 2.40 petang dan dibawa ke jeti Pulau Perhentian Besar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhd Nur Syam berkata mayat mangsa seterusnya dibawa ke Jeti Ibu Pejabat APMM Kelantan oleh Bot Kilat 28 dan tiba pada 4 petang untuk diserahkan kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, Terengganu untuk tindakan lanjut.

“Hasil siasatan mangsa dan empat rakan yang berasal dari Kelantan didapati merentas negeri tanpa kebenaran. Apabila disoal, tujuan mereka merentas negeri adalah untuk membekalkan makanan ke Pulau Perhentian.

“Untuk itu, pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya atas kesalahan ingkar Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). Polis turut akan mengambil tindakan terhadap pengusaha yang terbabit,” katanya.

— BERNAMA

Tags: #bm, lemas

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan