Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ingkar SOP: Enam individu dikompaun, dua warga asing ditahan

Ingkar SOP: Enam individu dikompaun, dua warga asing ditahan

KUALA LUMPUR, (Bernama) — Tindakan enam individu termasuk tiga wanita yang leka berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Changkat Thambi Dollah di sini mengundang padah apabila dikenakan kompaun berjumlah RM50,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata dalam serbuan kira-kira 5 petang itu, pemilik premis dikompaun RM25,000 kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 7(2) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No 2) 2021 manakala lima pelanggan pula dikompaun RM5,000 seorang di bawah Peraturan 17(1) peraturan sama.

Katanya, seorang wanita Vietnam dan lelaki Bangladesh yang turut berada di premis berkenaan  ditahan dan kertas siasatan dibuka mengikut Akta Imigresen 1959/63.

“Semasa serbuan kita mendapati individu berusia 36 hingga 54 tahun berkenaan leka berhibur tanpa menghiraukan penjarakan fizikal serta tidak memakai pelitup muka,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan. 

Menurutnya, hasil risikan mendapati premis itu telah beroperasi selama beberapa hari bermula 3 petang dengan hanya membenarkan pelanggan tetap masuk melalui pintu belakang. 

Terdahulu, pemilik premis itu memberi alasan kepada pegawai penyiasat bahawa dua pekerja datang ke premis berkenaan untuk mengambil gaji namun membawa beberapa orang rakan untuk menghabiskan stok makanan dan minuman keras di situ susulan arahan tidak membenarkan pusat hiburan beroperasi sepanjang tempoh PKP.

— BERNAMA 

Tags: #bm, kompaun, sop

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan