KUALA LUMPUR, 8 Ogos : Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan perintah injunksi interim bagi menghalang Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan bekas timbalan perdana menteri itu meminta bantuan untuk menyelesaikan atau menangguhkan perbicaraan kes jenayahnya.