vaksin

KUALA LUMPUR, 17 Ogos  — Sejak kebelakangan ini, jumlah kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital akibat COVID-19 menunjukkan peningkatan ketara, dan ini dipercayai oleh pakar perubatan ada kaitan dengan penularan varian Delta yang semakin dominan di negara ini.  

KOTA KINABALU, 15 Ogos — Kegagalan seorang wanita berusia 32 tahun mematuhi arahan kuarantin mencetus Kluster Paka Kawiyan di Ranau yang baharu direkodkan hari ini melibatkan 41 kes positif COVID-19, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

LIMBANG, 15 Ogos: Rakyat Sarawak bakal diperkenalkan dengan kaedah pasport sebagai dokumen membuktikan individu itu sudah lengkap divaksin dos kedua.

KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Sebanyak 31.9 peratus atau 10,425,300 populasi negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. 

SEREMBAN, 12 Ogos — Kementerian Pendidikan (KPM) diminta memperincikan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka bermula 1 Sept ini susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 harian serta kebimbangan kemunculan varian Delta dan Lambda.