timbalan perdana menteri

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan dua Timbalan Perdana Menteri serta 27 jemaah Menteri yang menganggotai Kabinet kerajaan perpaduan.

KUCHING, 1 Dis: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan usaha mengembalikan hak Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) adalah lebih penting berbanding jawatan Timbalan Perdana Menteri.

KOTA KINABALU, 25 Okt : Parti Bersatu Sabah (PBS) akan mencadangkan pelantikan tiga timbalan perdana menteri (TPM) untuk Malaysia, sebagai agenda pertama Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63), selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kata Presidennya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

KUALA LUMPUR, 25 Okt : Persoalan mengenai wakil parti mana yang akan dijadikan calon timbalan perdana menteri (TPM) sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan menjadi dominan, hanya akan diputuskan selepas PRU nanti, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KUCHING, 24 Okt : Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyambut baik cadangan untuk melantik Timbalan Perdana Menteri (TPM) dari Sabah atau Sarawak.