
KOTA KINABALU, 19 Julai — Sebanyak 124 kes baharu COVID-19 direkodkan di Sabah melibatkan Kluster Tembok Dua di Tawau hari ini, menjadikan keseluruhan kes jangkitan bagi kluster itu berjumlah 159, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.