
KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan menjadi antara punca utama peningkatan kes COVID-19 di beberapa negeri, selain jangkitan sudah berada dalam komuniti, aktiviti ziarah, merentas negeri dan jangkitan dalam kalangan pekerja kilang.