KUALA TERENGGANU, 10 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi gambaran bahawa ada “kebangkitan” dalam kalangan rakyat di Terengganu selepas melakukan beberapa siri ceramah di negeri ini.
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata sokongan itu dirasai kerana berbeza dengan pembangkang, yang dalam siri ceramah mereka ada menggunakan ayat al-Quran dan ditafsirkan untuk menyerang kerajaan.