KUALA LUMPUR, 26 Okt — Tiga Mahkamah Tinggi berasingan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminda tarikh pelepasan dan pemulangan pasportnya ke Singapura bagi melawat anak perempuannya Nooryana Najwa yang dijangka akan melahirkan anak kedua pada awal November.