najib razak

PUTRAJAYA, 23 Ogos :Ā  Mahkamah Persekutuan hari ini dijadual mendengar hujahan peguam Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri itu bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.

KUALA LUMPUR , 22 Ogos : Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pelbagai isu telah dibincangkan dalam mesyuarat tergempar parti itu hari ini.

KUCHING, 22 Ogos : Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abd Rahman Dahlan berkata, beliau tidak menghadiri mesyuarat tergempar parti yang sedang berlangsung di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur hari ini.

KOTA KINABALU, 22 Ogos : Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Andi Suryadi Bandi berkata, mesyuarat tergempar parti itu yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini adalah bagi membincangkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

KUCHING, 22 Ogos : Beberapa pemimpin utama UMNO tiba di Ibu Pejabat UMNO, di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat tergempar parti itu bersama Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.