
KOTA KINABALU, 17 Okt: Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal masih berteka-teki mengenai kerusi yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.
Beliau berkata masih banyak pertimbangan yang perlu dilakukan sebelum membuat keputusan sama ada mempertahankan kerusi Parlimen Semporna yang disandangnya sejak PRU9 tahun 1995 ketika bersama UMNO dan PRU14 tahun 2018 bersama Warisan.
12