
CHUKAI, 13 Mei : Jenazah salah seorang daripada lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora semalam, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kijal, kira-kira 8.15 pagi tadi.