Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pekerja ladang ditemukan lemas hari ini, selepas dikatakan terjun ke dalam Sungai Aring 2, Gua Musang pada Selasa lepas. Foto hiasan Envato

Lelaki maut motosikal tegelincir ke dalam laut

ByBernama

SHAH ALAM, 5 Mei: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas motosikal dinaiki bersama rakannya tergelincir ke dalam laut di dermaga Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN), Pelabuhan Klang dekat sini, Sabtu lepas.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata lelaki tempatan berusia 29 tahun itu ditemukan pada 8.17 pagi ini, setelah dua hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

“Dalam kejadian dua hari lepas, seorang mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an diselamatkan orang awam namun seorang lagi tidak dijumpai dan dikhuatiri lemas. Usaha pencarian diteruskan Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Pelabuhan Klang.

“Komander operasi melaporkan mangsa dijumpai oleh anggota PPDA hari ini, pada jarak 200 meter dari tempat mangsa jatuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dengan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan