KUALA LUMPUR, 11 Nov: Kerajaan Sarawak akan membuka kawasan tanaman baharu padi seluas 5,000 hektar dalam masa terdekat.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ini selaras dengan hasrat wilayah berkenaan mahu menjadi pengeksport makanan ruji itu menjelang 2030.
Dewan Rakyat : UMS rancang buka pusat pembelajaran baharu di Semporna
Kata beliau, Kerajaan Sarawak membuktikan kesungguhan apabila Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mengumumkan peruntukan RM500 juta untuk membina skim saliran tanaman padi baharu.
“Sarawak telah mencadangkan pembangunan kawasan seluas 5,000 hektar sebagai usaha untuk menjadi salah satu jelapang padi utama negara dan perkara ini mendapat perhatian serius Kerajaan Persekutuan.
“Projek ini dimulakan dengan perlaksanaannya oleh Felcra Berhad yang merupakan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta Kementerian Perladangan dan Komoditi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 peringkat dasar, di Dewan Rakyat, hari ini.
Dewan Rakyat : UMS rancang buka pusat pembelajaran baharu di Semporna
Mohamad berkata, hasrat Sarawak untuk mengeksport beras pada 2030 boleh dicapai namun perkara itu bergantung kepada usaha sama dengan agensi peringkat pusat.
Sementara itu, beliau memaklumkan kementerian akan membincangkan mengenai penetapan harga lantai belian padi kepada RM1,500 satu tan dengan semua pihak terlibat.
Ketika ini kata beliau harga minimum belian padi ditetapkan pada kadar RM1,300 bagi setiap tan metrik di seluruh negara mulai 15 Februari lalu. -TVS.

