Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak boleh menjadi peneraju global dalam pengeluaran dan penggunaan hidrogen karbon rendah. Foto: Envato

DUN Sarawak: Sarawak komited jadi hab penting pengeluaran hidrogen

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 11 Nov: Rang Undang-Undang (RUU) Pengagihan Gas (Pindaan) 2024 menunjukkan Sarawak memberi tumpuan dan komitmen sepenuhnya dalam usaha menjadikan Sarawak sebagai hab penting pengeluaran hidrogen boleh diperbaharui.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin berkata, tidak dapat dinafikan bahawa hidrogen akan memainkan peranan penting dalam menyahkarbonkan sektor perindustrian, membolehkan logistik tenaga ke kawasan yang mempunyai sumber terhad serta membangunkan sistem tenaga bersih dan berdaya tahan.

“Industri hidrogen bersih menghadapi masalah. Kos dan jangkaan kos telah meningkat dengan ketara terutamanya untuk hidrogen boleh diperbaharui. Walau bagaimanapun dan kos menghasilkan hidrogen boleh diperbaharui dijangka menurun kepada 2.5 hingga 4.0 USD/kg menjelang 2030 didorong kemajuan dalam teknologi elektrolisis, skala ekonomi pembuatan, penambahbaikan reka bentuk dan pengurangan kos tenaga boleh diperbaharui,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas RUU Pengagihan Gas (Pindaan) 2024 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Beliau pada masa sama turut menekankan kepentingan hidrogen rendah karbon dalam keselamatan tenaga Sarawak serta Malaysia.

“Dihasilkan menggunakan tenaga boleh diperbaharui bersih yang diusahakan sendiri, teknologi hidrogen boleh menjadikan sistem tenaga Sarawak lebih fleksibel, berdaya tahan dan bebas serta boleh membawa kepada penjimatan berbilion-bilion menjelang 2030,” ujarnya.

Sarawak katanya mempunyai cita-cita yang jelas dalam hala tuju ekonomi hidrogen.

Wilayah ini boleh menjadi peneraju global dalam pengeluaran dan penggunaan hidrogen karbon rendah dengan menggunakan kepakaran domestik yang kukuh dan geologi, geografi serta insfrastruktur yang menguntungkan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan