Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak memperkenalkan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) untuk mengurangkan beban kewangan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah. Foto fail TVS

SKAS diperkenalkan bantu kurangkan beban kewangan rakyat

ByMahathir Haroun

KUCHING, 11 Nov: Kerajaan Sarawak memperkenalkan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) untuk mengurangkan beban kewangan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, inisiatif tersebut menyediakan bantuan kewangan antara RM250 hingga RM800 setahun.

“Penerima yang layak adalah rakyat Sarawak dan syarat kelayakan merangkumi isi rumah yang berpendapatan RM5,000 ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM800.

“Warga emas yang tidak mempunyai pasangan dan anak dengan pendapatan RM5,000 ke bawah akan menerima bantuan RM400.

“Individu bujang dengan pendapatan RM2,500 ke bawah akan menerima bantuan RM250,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan cadangan Belanjawan Negeri 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Menurutnya, bantuan tersebut akan membantu mereka membeli barangan makanan asas seperti beras, tepung dan minyak masak.

“Untuk tujuan ini, pentadbiran saya akan memperuntukkan RM450 juta tahun depan yang akan memberi manfaat kepada tidak kurang 8,500 penerima,” ujarnya.

Sementara itu menurutnya, Kerajaan Sarawak juga akan meneruskan pelbagai program kebajikan sosial untuk memupuk keluarga sihat, komuniti sejahtera dan inklusiviti sosial.

“Sebanyak RM15 juta diperuntukan untuk Dana Endowmen Sarawak dan RM14 juta bagi bantuan ibu bersalin,” jelasnya.

Beliau menambah, sejumlah RM50 juta diperuntukkan untuk memberi manfaat kesihatan kepada 100,000 warga emas.

“Setiap warga emas yang layak akan berhak menerima bantuan perubatan tanpa tunai sebanyak RM500 untuk membayar bil perubatan mereka di klinik panel yang diluluskan,” kata Abang Johari.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan