KUALA LUMPUR, 11 Nov: Kerajaan setakat ini belum memfailkan sebarang tindakan undang-undang terhadap YTL Communications Sdn Bhd iaitu syarikat yang diberi tender perkhidmatan 1BestariNet.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata ini kerana perkara itu masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“KPM menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk menyiasat dan bersedia memberi kerjasama,” katanya.
Kah Woh menjawab pertanyaan Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (Perikatan Nasional – Langkawi) mengenai tindakan undang-undang terhadap YTLC.
Sementara itu, beliau memaklumkan KPM akan mengemukakan cadangan penyelesaian isu berkenaan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat.
“Memorandum (kepada)Jemaah Menteri bagi menentukan hala tuju penyelesaian isu ini.
“Terdapat dua isu yang belum selesai sehingga kini iaitu kadar sewaan tapak dan caj elektrik untuk Menara 1BestariNet Receiver Integrated System (1BRIS) yang melibatkan 2,748 menara.
“Apabila kerajaan baharu mengambil alih dan tanggungjawab untuk memastikan isu ini selesai, Nota Jemaah Menteri telah disediakan dan dalam masa terdekat Memorandum Jemaah Menteri berkenaan kedua-dua isu akan dimuktamad,”kan,” katanya. -TVS



