Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia Airlines Berhad (MAB) mencatatkan peningkatan positif pada Prestasi Mengikut Masa (OTP) iaitu lebih 80 peratus pada Oktober tahun ini.

Dewan Rakyat: Prestasi Mengikut Masa MAB meningkat lebih 80 peratus pada Oktober

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 11 Nov: Malaysia Airlines Berhad (MAB) mencatatkan peningkatan positif pada Prestasi Mengikut Masa (OTP) iaitu lebih 80 peratus pada Oktober tahun ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata, peningkatan OTP daripada 58.2 peratus pada Ogos itu adalah selepas pengunguman MAB untuk mengurangkan rangkaian penerbangan pada Ogos lalu.

Jelas beliau, syarikat penerbangan itu telah mengambil langkah komprehensif bagi memperkukuh aspek penyelenggaraan pesawat.

“MAB (juga) telah membatalkan beberapa rangkaian penerbangan dalam dan luar negara secara sementara.

“Langkah pembatalan rangkaian penerbangan ini adalah perlu bagi memastikan ketahanan jangka panjang pesawat dan keteguhan operasinya,” katanya.

Hasbi menjawab soalan Sanisvara Nethaji Rayer Rajaji (Pakatan Harapan – Jelutong) mengenai pelan tindakan MAS untuk menangani masalah teknikal.

Tambah beliau, pembatalan rangkaian penerbangan secara sementara itu akan membolehkan penyelenggaraan yang lebih proaktif dilakukan terhadap pesawat.

Sementara itu, MAB juga telah menjalankan siasatan menyeluruh terhadap isu teknikal semasa dan menambah baik protocol dan prosedur penyelenggaraan bagi memastikan piawaian keselamatan yang ditetapkan dapat dicapai.

“Semua langkah penyelesaian masalah (troubleshooting) yang diperlukan untuk mengasingkan kerosakan sedang dilakukan menggunakan manual penyelenggaraan pesawat terkini yang telah diluluskan,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan