Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Sarawak Dr. Rasyimawati Mat Rashid.

Majikan industri sawit digesa tingkat KKP sektor informal

ByMuqri Aziz

KUCHING, 10 Okt: Pihak majikan industri pertanian sawit digesa segera meningkatkan kesedaran tentang aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) bagi sektor informal.

Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Sarawak Dr. Rasyimawati Mat Rashid berkata sektor berkenaan berisiko tinggi dan mengakibatkan kemalangan selain menggangu tahap kesihatan mereka yang terlibat.

“Majikan harus meningkatkan kesedaran tentang aspek KKP di tempat kerja serta tidak diambil mudah dengan mudah,” katanya pada Bengkel Bekerja Dengan Selamat dan Sihat di Sektor Informal (Industri Sawit) Zon Sarawak 2024 di Miri hari ini.

Gesaan itukatanya juga sejajar dengan pelaksanaan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2021-2025 (OSHMP25) yang merupakan komitmen dan hala tuju keselamatan dan kesihatan pekerjaan negara, Teras Strategi 7.

“Justeru, kesedaran tentang aspek KKP di tempat kerja wajar dipupuk dan tidak diambil mudah agar sebarang kemalangan atau kejadian berbahaya dapat dielakkan serta para pekerja terhindar daripada penyakit berbahaya,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, pekerja di sektor informal adalah diklasifikasikan sebagai individu yang menjalankan pekerjaan tanpa berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mana-mana badan profesional termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Bengkel yang mengumpulkan sebanyak 40 orang peserta terdiri daripada pekebun-pekebun kecil pertanian sawit itu diharap dapat memberi manfaat dan kebaikan serta dapat memberi inspirasi kepada semua yang terlibat di dalam memelihara persekitaran yang lebih kondusif serta bebas daripada risiko kemalangan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan