Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, merasmikan ucapan perasmian "Sarawak Future Forum" 2024 di Sheraton Hotel Kuching. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Sarawak optimum pengurusan bandar dengan pelaburan digital

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 10 Okt: Sistem trafik pintar diaplikasikan di bandar-bandar utama di Sarawak mengoptimumkan pengurusan bandar sekali gus inisiatif bagi mengurangkan kadar kesesakan lalu lintas.

Pelaksanaan itu kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan transformasi digital wilayah ini seperti sistem trafik pintar mendorong pembangunan inisiatif bandar pintar sekali gus meningkatkan kualiti kehidupan penduduk.

“Sistem ini menggunakan data masa nyata untuk memantau aliran trafik, membolehkan pelarasan dinamik pada isyarat lalu lintas dan meningkatkan kecekapan secara keseluruhan.

“Inisiatif bandar pintar ini bukan sahaja untuk meningkatkan kehidupan bandar, tetapi ia juga sejajar dengan matlamat iklim Sarawak yang lebih luas,” kata beliau ketika berucap pada Sarawak Future Forum di sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.

Abang Johari turut mendedahkan inisiatif seperti sistem pengurusan sisa pintar sedang diuji untuk mengoptimumkan proses kitar semula dan pelupusan sisa, menyumbang kepada persekitaran yang lebih bersih serta meningkatkan pengurusan sumber.

“Dengan menjadikan bandar lebih cekap dan mampan, Sarawak mengurangkan kesan terhadap alam sekitar sambil meningkatkan kebolehdiaman kawasan bandarnya.

“Kecerdasan buatan (AI) dan Internet Pelbagai Benda (IoT) sedang disatukan dalam sistem infrastruktur untuk meningkatkan kecekapan dalam bidang seperti pengurusan trafik, pengagihan tenaga dan perkhidmatan awam,” jelasnya lagi.

Untuk rekod kerajaan telah banyak melabur dalam transformasi digital, membangunkan internet berkelajuan tinggi, rangkaian 5G dan ketersambungan gentian optik untuk memupuk sektor baharu termasuk e-dagang dan FinTech.

Akses saksama kepada infrastruktur digital menggalakkan pertumbuhan inklusif di seluruh kawasan termasuk bandar dan luar bandar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan