Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ancaman tsunami dikeluarkan susulan gempa bumi yang melanda wilayah Ishikawa dan Niigata. Foto AFP

Tsunami setinggi 0.4 meter dicatat berhampiran loji nuklear terbesar dunia di Jepun

ByBernama

TOKYO, 1 Jan: Tsunami setinggi 0.4 meter dicatatkan berhampiran loji kuasa nuklear (NPP) Kashiwazaki-Kariwa di wilayah Niigata, Jepun, kata Tokyo Electric Power Company (TEPCO) pada Isnin.

Jawatankuasa Keselamatan wilayah Fukui berkata tiada insiden kecemasan direkodkan di kemudahan nuklear terbesar di dunia itu, lapor Sputnik.

Ancaman tsunami telah dikeluarkan untuk seluruh pantai barat Jepun dari pulau utara Hokkaido ke pulau selatan Kyushu manakala ancaman tsunami besar diisytiharkan di wilayah Ishikawa selepas beberapa gempa bumi.

Sebanyak sembilan gempa bumi dengan magnitud antara 4.3 hingga 7.6 berlaku dari 4.06 waktu tempatan (07:06 GMT) dengan menggegarkan kawasan di wilayah Ishikawa dan Niigata.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan