Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Lee Kim Shin melakukan tinjauan operasi bas rentas sempadan di ICQS Biawak di sini hari ini. Foto TVS.

500 penumpang guna perkhidmatan bas Kuching-Singkawang-Kuching sejak beroperasi

LUNDU, 19 Dis: Lebih 500 penumpang telah menggunakan perkhidmatan bas dari Kuching, Sarawak ke Singkawang, Indonesia dan laluan sebaliknya sejak mula beroperasi awal bulan ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, pada peringkat pemulaan, perkhidmatan itu akan mengadaptasi konsep pertukaran penumpang di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak.

Perkhidmatan bas Kuching-Singkawang bermula tahun hadapan

Jelas Kim Shin ini kerana kelulusan yang diberikan kepada syarikat bas Malaysia dan Indonesia masih belum digazetkan di peringkat persekutuan kedua – dua negara untuk melakukan perjalanan terus.

“Ketika ini kita masih menunggu kelulusan Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi membolehkan perkhidmatan bas untuk dua laluan berkenaan beroperasi ke destinasi akhir.

Perkhidmatan bas Kuching-Singkawang bermula tahun hadapan

“(Selepas digazetkan) akan memudahkan penumpang sama ada dari Kuching atau Singkawang kerana terdapat banyak permintaan perkhidmatan bas bagi kedua – dua laluan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan operasi bas rentas sempadan di ICQS Biawak, di sini hari ini.

Sementara itu Kim Shin berkata, berdasarkan perbincangan dan perjanjian asal perkhidmatan itu, perlaksanaannya akan mengadapatasikan konsep perkhidmatan bas yang menghubungkan Kuching dengan Pontianak.

“Bagaimanapun jumlah kekerapan perjalanan masih belum ditetapkan dan sebarang jadual pertambahan perjalanan bergantung kepada permintaan penumpang,” katanya.

Ketika ini perkhidmatan itu menawarkan masing-masing satu bas dari Kuching-Singkawang dan Singkawang-Kuching setiap hari.

Bas bertolak pada 9.45 pagi dari Kuching Sentral bagi perjalanan ke ICQS Biawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan