Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bayi yang baharu dilahirkan itu ditemui penduduk kampung semasa pulang dari sawahnya di Kampung Sungai Raya, Kalimantan Barat pada Selasa. Foto: Reuters

Bayi perempuan masih hidup ditemukan di tempat pembuangan sampah

ByReuters

KUBU RAYA (Kalimantan Barat), 3 Mac: Seorang bayi perempuan yang baharu dilahirkan ditemui masih hidup di tempat pembuangan sampah.

Bayi tersebut ditemui penduduk kampung semasa pulang dari sawahnya di Kampung Sungai Raya, Kalimantan Barat pada pagi Selasa.

Tangisan bayi tersebut telah mendapat perhatian penduduk tersebut dan terus membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Bayi tersebut ditemui dalam keadaan masih diselimuti darah dan diletakkan dalam plastik sebelum di buang di sini,” kata Inspektor Ade, Ketua Informasi Awam Polis Kubu Raya.

@tvstvmy

Bayi masih hidup di tempat pembuangan sampah 📹 Reuters Dapatkan berita terkini di www.tvstv.my #TVS122 #TVSNews #TrendingNewsMalaysia #BeritadiTiktok

♬ original sound – TVS News – TVS News

Bayi tersebut dipercayai ditinggalkan oleh ibunya sebaik sahaja bersalin dan berusia kira-kira 12 jam ketika ditemui.

Tambahnya lagi, ini merupakan kes peninggalan bayi keenam di Kubu Raya sejak beberapa bulan ini.

Bayi tersebut dihantar ke Klinik Bersalin Nabasa untuk rawatan dan pemantauan.

Siasatan lanjut terhadap kes pembuangan bayi ini masih dilakukan. Selain itu, Ade turut menyeru pihak awam untuk memberi maklumat agar kes dapat diselesaikan segera. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan