Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Meteorologi Thailand memaklumkan suhu dijangka menurun apabila tekanan tinggi dari China melanda negara. Foto fail AFP

Thailand: Suhu menurun di kebanyakan wilayah kecuali selatan

ByBernama

BANGKOK, 19 Dis: Thailand dijangka mengalami cuaca lebih sejuk ekoran suhu diramalkan menurun sekitar satu hingga tiga darjah Celsius bermula 20 Disember hingga 25 Disember di Bangkok dan kebanyakan kawasan kecuali di bahagian selatan.

Jabatan Meteorologi Thailand memaklumkan suhu dijangka menurun apabila tekanan tinggi dari China melanda negara.

Gelombang sejuk dijangka menyebabkan suhu menurun sekitar lima hingga lapan darjah Celsius di Timur Laut, empat hingga enam darjah Celsius di Utara, tiga hingga lima darjah Celsius di Thailand Tengah (termasuk Bangkok) dan kawasan Timur dan dua hingga empat darjah Celsius di bahagian atas kawasan selatan antara 20 dan 25 Disember.

“Kawasan bertekanan rendah di hilir Laut China Selatan berkemungkinan bergerak merentasi Teluk Thailand dan Malaysia, akhirnya melanda Laut Andaman dengan membawa hujan lebat ke banyak kawasan di wilayah selatan.

“Keadaan ini boleh mencetuskan banjir kilat, terutamanya di kawasan lereng bukit,” menurut agensi itu.

Ombak kuat juga diramal berlaku di Teluk Thailand dari 22 hingga 25 Disember.

“Ombak setinggi antara dua dan empat meter dijangka merentasi Teluk, dengan ombak lebih tinggi melebihi empat meter dijangka di kawasan mengalami ribut petir,” menurut Jabatan Meterologi Thailand.

Pengusaha bot kecil di Teluk Thailand dinasihatkan supaya berhati-hati dan mengelak keluar semasa tempoh itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan