Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Foto: Bernama

Agong akan rasmi sambutan Minggu Perpaduan Negara di Kuching

ByBernama

KANGAR, 8 Mei: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah akan merasmikan majlis pembukaan sambutan Minggu Perpaduan Negara peringkat nasional yang dijadual berlangsung di Tebingan Kuching pada 21 Mei.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata sambutan Minggu Perpaduan peringkat nasional pada tahun ini akan diadakan di Kuching dan ia akan disambut secara serentak di seluruh negara  bermula dari 20 hingga 28 Mei.

“Kita berharap sambutan ini dapat diadakan setiap tahun dalam usaha  untuk memupuk semangat perpaduan rakyat negeri ini berteraskan konsep Masyarakat Madani,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melakukan perjumpaan dengan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli di Pejabat Menteri Besar Perlis.

Aaron berkata sambutan Minggu Perpaduan Negara adalah berlandaskan tema ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’ akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti ekspresi kasih, persahabatan dan persaudaraan yang akan memperkukuh semangat perpaduan.

Sementara itu Mohd Shukri berkata sambutan Minggu Perpaduan Negara peringkat negeri Perlis akan diadakan di Dataran Dato Sheikh Ahmad, Kangar pada 27 dan 29 Mei.

“Majlis penutup akan disempurnakan oleh Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang akan diserikan dengan pelbagai acara bagi menyemarakkan semangat perpaduan antara kaum,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan