Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bomba berjaya menangkap ular punti tiong yang berada bawah rumah pengadu hari ini. Foto: Bomba Limbang

Ular punti tiong sepanjang tiga kaki ‘berteduh’ bawah rumah

LIMBANG, 5 Mei: Seorang penghuni bernasib baik apabila menyedari kehadiran seekor ular spesis punti tiong sepanjang tiga kaki ‘berteduh’ di bawah rumahnya di Kuarters Jabatan Kerja Raya, Jalan Kubong pada Jumaat.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Tujuh Limbang, Clarence D. Primus Tiandun berkata sepasukan anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan Dua Mohd Ismail Assan bergegas ke lokasi yang terletak empat kilometer (km) dari balai sebaik menerima panggilan jam 8.12 pagi.

“Setiba pasukan operasi di lokasi, mendapati seekor ular punti tiong berada di bawah rumah pengadu.

“Pasukan bomba bertindak menangkap ular tersebut menggunakan penjerut dan seterusnya melepaskannya ke habitat asal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya operasi menundukkan ular berkenaan mengambil masa kurang lima minit.

“Setelah menilai keadaan selamat dan terkawal Bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan