Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Michael Tiang Ming Tee semasa pelancaran Program Pengambilalihan Projek Ladang Taman Hab Sunshine dari Persatuan Autisme Kuching (KAA). Foto: Diana (TVS)

Fenomena gelombang haba, elak aktiviti luar kelas

ByDiana Jayaseelan

KUCHING, 5 Mei: Pihak pentadbiran sekolah disaran agar mengurangkan sebarang aktiviti di luar kelas termasuk kokurikulum bagi mengelak serangan strok haba dalam kalangan pelajar.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Michael Tiang Ming Tee menegaskan perkara itu berhubung fenomena gelombang haba yang kini melanda negara baru-baru ini.

Guna pakaian sukan jika cuaca panas melampau

“Saya menyeru kepada semua ibu bapa dan guru-guru untuk memantau anak-anak mereka. Kalau keadaan cuaca tak beberapa baik untuk belajar kerana isu gelombang haba, guru-guru haruslah bawa murid-murid berteduh, minum banyak air, pakai pakaian sukan daripada seragam sekolah mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan projek pengambilalihan Projek Ladang Taman Hab Sunshine oleh Persatuan Autisme Kuching (KAA) di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru orang ramai untuk memantau dan menjaga kebajikan anak-anak mereka bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

“Nasihat saya buat masa ini ialah, terus berada di dalam rumah,. Sering berteduh, minum banyak air dan elakkan aktiviti di luar buat masa ini.” Katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan