Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: BERNAMA

COVID-19: Kes baharu minggu epidemiologi ke-49 menurun berbanding minggu sebelumnya

KUCHING, 12 Dis: Kes baharu jangkitan COVID-19 di Sarawak pada minggu epidemiologi ke-49 menunjukkan penurunan kepada 880 daripada 916 pada minggu sebelumnya.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan hari ini berkata, tiada kematian direkodkan bagi tempoh seminggu lepas.

“Daripada jumlah keseluruhan kes tersebut sebanyak 871 kes dalam kategori satu dan dua manakala sembilan kes dalam kategori tiga, empat dan lima,” katanya.

Angka terbaharu itu turut menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 bertambah kepada 322,107 kes.

Dalam pada itu, daerah Kuching terus menjadi penyumbang kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 262 kes diikuti dengan daerah Sibu sebanyak 121 kes dan daerah Bintulu, 105 kes.

Empat daerah iaitu Telang Usan, Tanjung Manis, Matu dan Belaga tidak merekodkan sebarang kes baharu COVID-19 pada minggu ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan