Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri (dua,kanan) menunjukkan gambar-gambar hasil tangkapan Op Tapis Khas SeMalaysia ketujuh pada sidang media di Kuching, hari ini. - Foto: Bernama.

Ops Tapis Khas: Polis Sarawak tahan 240 individu, rampas dadah bernilai RM39,000

KUCHING, 12 Dis: Polis Sarawak berjaya menahan 240 individu dan merampas pelbagai dadah bernilai RM39,058 dalam Op Tapis Khas yang dijalankan pada 6 hingga 8 Dis lepas di seluruh negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata kejayaan itu juga adalah hasil daripada 154 serbuan dan pemeriksaan yang dijalankan di beberapa kawasan ‘pot-pot aktif’, perumahan, perkampungan dan tempat yang digunakan untuk aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Ops Tapis Khas 240 individu terlibat dadah ditahan

Katanya, daripada sejumlah 240 individu yang ditahan itu, sejumlah 230 adalah lelaki manakala 10 wanita yang berusia antara 17 hingga 70 tahun.

“Sementara dadah yang dirampas itu adalah jenis Methamphetamine sebanyak 385.78 gram, Pil Erimin 5 sebanyak 1.94 gram dan sejumlah 7.85 gram pil ekstasi.

“Keseluruhan dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh 1,961 penagih.  Dalam operasi itu, polis turut menyita dua kenderaan di kawasan Padawan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti penyeludupan,” katanya pada sidang media Op Tapis Khas SeMalaysia ketujuh di sini, hari ini.

Secara keseluruhannya, Mohd Azman berkata dalam  tempoh antara 1 Jan dan 8 Dis, Polis Sarawak telah menangkap seramai 8,717 individu dan merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM11,909,156.10, manakala harta yang disita bernilai RM3,406,654.22. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan