Kerja baik pulih perkhidmatan telekomunikasi di Nanga Ngungun dijangka siap Selasa – Fahmi

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Kerja baik pulih perkhidmatan telekomunikasi dan capaian Internet di Nanga Ngungun, Kanowit, Sarawak yang dilaporkan terjejas sejak 7 Dis lepas dijangka siap tengah hari Selasa.
Balai Polis Song, Julau dan Matu perlu dibaik pulih segera

KUCHING, 12 Dis: Tiga balai polis di Sarawak perlu dibaik pulih segera kerana bangunannya sudah usang, kata Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi.
Pemergian Teh Hong Piow tinggalkan lompong besar kepada sektor perbankan – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Pemergian pengerusi emeritus dan pengasas Public Bank Bhd Tan Sri Teh Hong Piow, 92, akan meninggalkan lompong yang besar kepada Public Bank, sektor perbankan dan juga negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiga gua ditemukan di Labuan

LABUAN, 12 Dis: Tiga ruang gua yang ditutupi pasir ditemukan di hutan Pancur Hitam di sini, yang mungkin dapat menjelaskan lebih lanjut tentang mereka yang pernah mendiami kawasan itu dahulu kala.
Perlembagaan GRS peruntuk keahlian terus individu, kesatuan antara parti – Armizan

KOTA KINABALU, 12 Dis: Perlembagaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mempunyai peruntukan berkaitan keahlian terus kepada individu dan kesatuan antara parti, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.
Pengasas Public Bank meninggal dunia pada usia 92 tahun

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Pengasas Public Bank Bhd Tan Sri Teh Hong Piow meninggal dunia pada pukul 10.20 pagi hari ini. Mendiang berusia 92 tahun.
Dua individu rentung dalam kontena di Kulim dipercayai pasangan kekasih

ALOR SETAR, 12 Dis: Dua individu yang ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah pondok keselamatan diperbuat daripada kontena di Taman Bayam Indah, Lunas di Kulim, malam tadi, dipercayai pasangan kekasih.
33 penghuni hilang tempat berteduh dalam kebakaran membabitkan lima rumah

KUCHING, 12 Dis: Seramai 33 penghuni hilang tempat berteduh apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Pulo Ulu di sini pada awal pagi ini.
Hormati keputusan Anwar usul undi percaya – Azalina

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Semua pihak harus menghormati keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk membentangkan usul undi percaya terhadapnya pada persidangan Parlimen minggu depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
Memorandum Jemaah Menteri tentang tuntutan Sabah, Sarawak dibentang bulan depan

KOTA KINABALU, 12 Dis: Memorandum Jemaah Menteri mengenai tuntutan Sabah dan Sarawak terutamanya melibatkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijadual dibentangkan pada awal bulan depan (Januari), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.
