Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Huang Tiong Sii mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara Kuala Lumpur. Foto: Pusat Khidmat Parlimen Sarikei

Huang Tiong Sii berazam kerja keras tunai amanah

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Dato Sri Huang Tiong Sii yang baharu menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, menegaskan beliau akan bekerja keras untuk menunaikan semua amanah yang telah diberikan.

Iltizam bekerja keras itu katanya, sesuai dengan perjuangannya dan slogan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mengutamakan Sarawak.

Walaupun belum menjelaskan bidang tugasnya secara terperinci, beliau memberi jaminan akan melakukan yang terbaik untuk rakyat.

Ia sejajar dengan kepercayaan yang diberikan oleh pucuk pimpinan GPS khususnya, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalannya, Dato Sri Dr Sim Kui Hian yang juga Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Pada masa yang sama, beliau juga berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan berkenaan.

Beliau mengakui jawatan yang disandangnya itu merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar yang perlu digalas dengan sebaik mungkin.

Sehubungan itu ujarnya, beliau akan berusaha untuk membawa suara rakyat demi kemajuan negara selain menjadi pendengar setia dan perantara terbaik untuk rakyat.

Sambil itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada penduduk Sarikei dan Meradong, ahli GPS, SUPP Cawangan Sarikei dan Meradong, pasukan pusat khidmat dan semua kakitangan atas sokongan mereka pada PRU-15 yang lalu.

Pada Sabtu lalu, beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara Kuala Lumpur. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan