Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (empat kiri) menyaksikan pertukaran MoU antara Pemangku Naib Presiden PETROS, Dato Anyi Ngau (empat kanan) dan Naib President Eksekutif POSCO Group, Cho Ju-Ik (tiga kiri). Foto: TVS

PETROS dan POSCO menandatangani MoU bangunkan CCUS di Sarawak

ByYusuf Shukri

KUCHING, 12 Dis: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama POSCO Group bagi membangunkan industri Penangkapan dan Penggunaan Karbon (CCUS) di Sarawak.

Sarawak Korea meterai MoU, bangunkan CCUS

Upacara MoU tersebut disempurnakan Pemangku Naib Presiden Kanan, Pengurusan Sumber Sarawak, PETROS, Anyi Ngau selaku wakil PETROS bersama Naib Presiden Eksekutif Posco Group, Cho Ju-ik, Ketua Unit Perniagaan Bisnes Hidrogen POSCO (Kejuruteraan dan Pembinaan), Jeong Woo Sik dan Ketua Unit Perniagaan Bisnes Hidrogen POSCO (Perbadanan Antarabangsa), Yu Yang Jae.

Majlis itu disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki, Setiausaha Kewangan Negeri, Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Dr Hazland Abang Hipni dan Pengerusi PETROS, Tan Sri Datuk Amar Dr. Hamid Bugo.

POSCO Group merupakan syarikat induk pembuat keluli terbesar Korea Selatan.

Menurut Ju-ik, usaha CCUS POSCO bermula pada tahun 2015 setelah mendapati bahawa pengeluaran produk keluli menjadi sumber pelepasan karbon tertinggi di negara itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan