Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rumah Terbuka Gawai Dayak STF 2025 di Betong berlangsung meriah dengan kehadiran ribuan pengunjung. Foto TVS

Lebih banyak program berteraskan perpaduan dan pelancongan dianjur di Betong

BETONG, 8 Jun: Penganjuran Rumah Terbuka Gawai Dayak anjuran Persekutuan Pelancongan Sarawak (STF) 2025 di Betong akan ditambah baik pada edisi akan datang berikutan sambutan yang sangat menggalakkan tahun ini termasuk peningkatan kehadiran pelancong asing sepanjang acara berlangsung.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu berkata, mesyuarat akan diadakan bersama pihak terlibat dalam masa terdekat atau penghujung Julai ini bagi mengenal pasti setiap kelemahan yang ada pada penganjuran edisi kali ini.

“Ia amat penting untuk penambahbaikan pada penganjuran edisi seterusnya agar ia dapat memberikan impak secara total kepada penduduk setempat di Betong,” katanya ketika ditemui selepas mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, pada Majlis Penangguhan Rumah Terbuka Gawai Dayak STF 2025 di Rumah Panjang Veriland Godon, Engkeranji, Layar di sini, malam tadi.

Tambahnya, pihaknya melalui Pejabat Residen dan jawatankuasa penganjur merancang menganjurkan lebih banyak program berteraskan perpaduan dan pelancongan bagi memberi impak positif kepada sosioekonomi penduduk setempat di Betong.

Mengulas penganjuran tahun tahun ini Katanya, ianya amat memuaskan kerana ada peningkatan dari segi kehadiran pelancong negara luar berbanding tahun sebelumnya.

Rumah Terbuka Gawai Dayak STF 2025 berjaya menarik 120 pelancong asing dari Brunei, Australia, Indonesia, Singapura, United Kingdom dan Itali, daripada jumlah itu, 54 orang memilih untuk merasai pengalaman ‘glamping’, manakala 43 orang lagi menginap di rumah panjang.

Edisi 2024 yang diadakan di Rumah Panjang Anyie Rajit di Matop mencatat kehadiran 153 tetamu dari Kuala Lumpur, Brunei, Singapura dan warga tempatan Sarawak. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan