Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Masjidil Haram sambut ketibaan jemaah untuk Tawaf Ifadah. Foto AFP

Masjidil Haram sambut ketibaan jemaah untuk Tawaf Ifadah

ByBernama

MINA, 6 Jun: Masjidil Haram menyaksikan kehadiran ramai jemaah haji pada Jumaat ketika mereka tiba untuk menunaikan Tawaf Ifadah selepas melontar Jamratul Aqabah di Mina, menurut Agensi Berita Saudi (SPA).

Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan mengurus pergerakan jemaah dengan teliti di kawasan Mataf (tempat tawaf).

Selain kawalan pergerakan, perkhidmatan menyeluruh turut dipertingkat bagi memastikan kesejahteraan jemaah, termasuk kerja pembersihan dan pensterilan yang rapi, penyediaan khidmat bimbingan dan kaunseling dalam pelbagai bahasa, serta perkhidmatan kecemasan dan ambulans 24 jam.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan