Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ahmad Zahid, Fadillah seru umat Islam hayati makna Aidiladha

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Jun: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan sambutan Aidiladha sebagai simbol agung yang mengajar erti ketaatan, pengorbanan dan keikhlasan dalam menunaikan perintah Allah SWT.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata sambutan itu mengangkat kisah Nabi Ibrahim AS dan puteranya Nabi Ismail AS, dua insan yang menjadi lambang ketaatan dan pengorbanan tidak berbelah bahagi kepada Allah SWT.

“Semoga semangat pengorbanan terus menjadi pegangan dalam setiap aspek perjuangan kita sama ada dalam keluarga, masyarakat dan juga dalam membangunkan negara tercinta ini,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut mendoakan agar Aidiladha kali ini membawa ketenangan dan keberkatan buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya mereka yang sedang diuji dengan pelbagai cabaran kehidupan.

“Kepada para jemaah haji sedang berada di Tanah Suci, kami titipkan doa agar ibadah kalian diterima Allah SWT dan pulang sebagai haji dan hajah yang mabrur,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS bukan sekadar sejarah tetapi pedoman hidup yang mengajar bahawa setiap perjuangan ikhlas pasti mendapat ganjaran besar di sisi Allah SWT.

Beliau berkata Aidiladha wajar menjadi ruang untuk menzahirkan solidariti dan kasih sayang sesama manusia, terutama kepada golongan memerlukan termasuk fakir miskin, selain mencerminkan semangat kebersamaan dan rahmah yang dituntut Islam.

“Semoga segala ibadah kita, haji, korban dan amalan lain diterima dan diberkati oleh Allah SWT. Sesungguhnya, tiada pengorbanan yang kecil di sisi-Nya jika dilakukan dengan niat ikhlas. Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam,” katanya dalam hantaran Facebook.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha esok.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan