Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Prestasi konsisten pasukan Melaka FC sepanjang saingan Liga A1 Semi Pro musim ini, dilihat menjadi kunci utama kejayaan pasukan itu menjulang trofi kejuaraan. Foto Melaka FC (FB)

Senarai pemain Melaka FC akan dimuktamadkan hujung bulan ini – Nur Azmi

ByBernama

MELAKA, 5 Mei: Persediaan Melaka FC untuk kembali bersaing dalam saingan liga elit negara, Liga Super semakin menyakinkan apabila senarai lengkap pemainnya akan dimuktamadkan pada akhir bulan ini.

Pemilik pasukan Datuk Nur Azmi Ahmad berkata senarai berkenaan termasuklah sekurang-kurangnya tiga pemain pinjaman daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), di samping 12 pemain sedia ada bagi membentuk pasukan mantap.

“Kita sudah pun memulakan temu duga dan pemilihan pemain luar, jadi ia akan dimuktamadkan sebelum akhir Mei kerana latihan dijangkakan bermula pada penghujung bulan ini.

“Dari segi teknikal pula, kita sebenarnya sudah siap sedia, malah mencapai tahap 90 peratus termasuk barisan kejurulatihan, seperti jurulatih K. Devan bersama-sama Asri Ninggal dan Mazlan Wahid memang dikekalkan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka yang dianjurkannya di sini malam tadi.

Selepas tersingkir daripada saingan Liga Super atas pelbagai faktor termasuk isu pembayaran gaji, Melaka FC bangkit mempamerkan prestasi terbaik apabila muncul juara Liga A1 Semi Pro musim 2024/2025 sekali gus dilihat sebagai persediaan terbaik skuad Sang Kancil itu untuk kembali ke arena Liga Super. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan