Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai sembilan orang maut manakala seorang lagi masih hilang selepas empat bot terbalik di sebuah sungai di Bandar Qianxi, wilayah Guizhou di barat daya China pada petang Ahad, lapor agensi berita Xinhua. Foto hiasan Envato

Sembilan maut, seorang masih hilang selepas empat bot terbalik di China

ByBernama

GUIYANG, 5 Mei: Seramai sembilan orang maut manakala seorang lagi masih hilang selepas empat bot terbalik di sebuah sungai di Bandar Qianxi, wilayah Guizhou di barat daya China pada petang Ahad, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut pihak berkuasa tempatan, seramai 84 orang berada di atas bot ketika insiden itu berlaku.

Daripada jumlah itu, 70 orang sedang dirawat manakala empat lagi terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian berlaku ketika angin kencang melanda secara tiba-tiba, menyebabkan keempat-empat bot terbalik.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang giat dijalankan dengan penyertaan hampir 500 anggota pasukan kecemasan termasuk polis, bomba dan pasukan perubatan.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden China Xi Jinping yang juga Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat turut mengarahkan pihak berkuasa mempertingkat usaha menyelamat, memberi rawatan kepada mangsa yang cedera dan sokongan kepada keluarga mangsa.

Beliau turut menekankan keperluan memperkukuh langkah keselamatan susulan siri kejadian kemalangan kebelakangan ini, termasuk di kawasan pelancongan, tempat awam, kawasan kediaman dan ketika musim perayaan.

Sementara itu, Perdana Menteri Li Qiang turut menyeru agar operasi menyelamat dan rawatan perubatan dilaksanakan sepenuhnya serta mengarahkan pemeriksaan keselamatan bagi mencegah kejadian seumpama itu berulang.

Timbalan Perdana Menteri Zhang Guoqing melawat lokasi kejadian bagi memantau usaha menyelamat dan bantuan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan