Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pemancing maut selepas tercampak dalam laut selepas kelong disewa runtuh dipukul ribut dalam kejadian di perairan Parit Hailam, Senggarang, dekat sini awal pagi semalam.Foto APMM

Ribut: Pemancing maut tercampak dalam laut

ByTVS

BATU PAHAT, 5 Mei: Seorang pemancing maut selepas tercampak dalam laut selepas kelong disewa runtuh dipukul ribut dalam kejadian di perairan Parit Hailam, Senggarang, dekat sini awal pagi semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini Zainal berkata, dalam kejadian pukul 3 pagi itu, tujuh pemancing lain berjaya diselamatkan.

Kata Mohammad Zaini, ketika memancingberlaku insiden angin kencang dan ombak besar yang menyebabkan Mohd. Faizal Mohd. Nor, 45, tercampak ke laut sebelum hilang manakala kelong berkenaan ranap.

“Mayat mangsa ditemukan pada petang semalam di bawah runtuhan kelong oleh pasukan bomba sebelum dibawa ke pantai dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, tujuh lagi pemancing iaitu empat warga tempatan dan tiga rakyat Indonesia berusia antara 31 hingga 52 tahun sempat menyelamatkan diri dengan berpaut pada tiang kelong.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat segera digerakkan Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru sejurus menerima maklumat kejadian.

Beliau berkata, mereka yang berjaya diselamatkan Bot Petir 51 dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat untuk tindakan lanjut. -TVS.

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found