Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Sibuti Datuk Lukanisman Awang Sauni berucap di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Persatuan Melanau Miri pada Ahad. Foto Ahnaf Tuah (TVS)

Pertahankan budaya setiap kaum

BySalasiah Safian

MIRI, 5 Mei: Budaya setiap kaum di Sarawak perlu dipertahankan untuk diwarisi kepada generasi akan datang.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kerajaan juga sentiasa menyokong persatuan berasaskan kaum bagi mempertahankan budaya dan sejarah.

Sehubungan itu menurutnya, adalah penting untuk semua kaum mempertahankan budaya masing-masing.

“Kita perlu terus mempertahankan budaya tidak kira Melanau, Kedayan, Jattie Miriek atau Vaie. Sekarang ini Jatti Miriek dan Vaie diangkat dan disenaraikan di bawah Perlembagaan Sarawak yang merupakan bangsa atau kaum yang diiktiraf kerajaan.

“Kalau dulu, Jatti Miriek tidak tersenarai, kini identiti kaum ini diiktiraf sama seperti kaum lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Persatuan Melanau Miri pada Ahad.

Sementara itu, Persatuan Melanau Miri menerima geran RM140,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan Lukanisman yang juga Ahli Parlimen Sibuti.

Menurut Lukanisman, geran tersebut diberikan untuk memantapkan aktiviti persatuan.

“Datuk Sebastian mengumumkan RM10,000 geran aktiviti dan tambah lagi projek khusus kepada Persatuan Melanau sebanyak RM120,000 di bawah projek RTP.

“Dan daripada saya, saya sampaikan RM10,000 yang dah dijanjikan pada Krismas tahun lepas dan untuk hari raya ini saya tambah lagi RM10,000 untuk Persatuan Melanau,” ujarnya.-TVS

Tags: dana, melanau, Miri

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan