Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching. Foto Teo Nie Ching (Facebook)

Amaran penipuan: jangan percaya pautan kerajaan tanpa “gov.my” – Teo

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 Mei: Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya kepada mana-mana pautan yang mendakwa sebagai laman web kerajaan kecuali alamatnya berakhir dengan “.gov.my.”

“Scammer (sindiket penipuan) sedang menyebarkan pautan palsu yang kononnya membolehkan anda menyemak status STR (Sumbangan Tunai Rahmah) menerusi laman web meragukan yang dihantar melalui WhatsApp dan platform media sosial lain.

“Ini satu penipuan!,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Pada 19 April lepas, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak mudah terperdaya dengan mesej palsu berkaitan bantuan STR yang tersebar menerusi WhatsApp.

Fahmi berkata mesej mengandungi pautan tidak sahih itu berpotensi digunakan oleh pengendali pelaburan dalam talian yang tidak wujud atau scammer untuk mencuri akses ke aplikasi WhatsApp milik pengguna. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan