Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata pihaknya telah mendapat tanah wakaf untuk dijadikan tempat rehat seperti yang telah dibina di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Kuching.

LAKMNS bina lima lagi pondok rehat di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah

ByAsmah Adenan

KUCHING, 5 Mei: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) kini sedang membina lima lagi gazebo atau ruang rehat yang berkonsepkan payung terbuka di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah di Samariang, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif LAKMS, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, pihaknya telah mendapat sebidang tanah yang telah diwakafkan bagi pelaksanaannya.

“Ia berkonsepkan payung terbuka kerana air hujan yang kita kumpulkan boleh digunakan untuk mencuci dan pada malam ia diterangi oleh cahaya LED yang menggunakan tenaga solar.

“Kita dah buat dua di tanah perkuburan untuk orang-orang datang berehat dan kita nak buat lima lagi jadi tiap-tiap kawasan di sekeliling sana orang dapat datang berehat sebentar,” katanya dalam program Dialog TVS, baru-baru ini.

Dalam pada itu, menurutnya Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mengarahkan pihak Majlis Islam Sarawak (MIS) untuk mewujudkan satu Yayasan Wakaf bagi mengendalikan semua urusan berkaitan wakaf umat Islam.

Katanya, dengan wujudnya Yayasan Wakaf ini kelak akan memudahkan urusan pendaftaran daripada pihak yang ingin mewakafkan tanah mereka selain mengelak berlakunya perkara yang tidak diingini.

“Selalunya orang tua bila dia nak mewakafkan tanah mereka tapi tidak mendaftar itulah yang menyebabkan anak cucu mula mempersoalkan. Bila dah daftar kita dah ada hitam putih barulah dapat dikendalikan dengan baik.

“Di negara-negara lain seperti Mesir, misalnya universiti dan hospital semua dikendalikan dengan usaha wakaf jadi itulah salah satu yang saya rasa kelebihan kita di Sarawak untuk mengetengahkan kaedah wakaf dan mempraktikkannya dengan baik,” katanya.

Menurut Abdul Wahap, LAKMNS tidak menerima sebarang geran daripada kerajaan mahupun pihak tertentu untuk mengendalikan segala urusan sebaliknya mereka berdiri atas kaki sendiri untuk mencari dana.

Justeru, pihaknya amat mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk memperluaskan lagi perkhidmatan kepada masyarakat.

Selain itu, katanya, beliau mahu lebih banyak masyarakat di luar sana mengetahui peranan dan apa yang dilaksanakan oleh Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan