Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Delegasi Kuching Chapter Ruhana Bujang meraikan kejayaan dengan pasukan pada Majlis Penutupan Sukan Olimpik Khas Negeri Sarawak Edisi Ketujuh 2025. Foto TVS

Kuching Chapter juara Sukan Olimpik Khas Sarawak

KUCHING, 5 Mei: Kuching Chapter muncul juara keseluruhan Sukan Olimpik Khas Sarawak Edisi Ketujuh 2025.

Ketua Delegasi Kuching Chapter, Ruhana Bujang berkata, ia merupakan pencapaian membanggakan kerana bukan mudah untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi kejohanan tersebut.

Menurutnya, kecemerlangan atlet dalam semua acara dipertandingkan menyumbang kepada kejayaan bergelar juara keseluruhan.

“Kita mengambil masa agak lama untuk melatih. Kebanyakan pingat yang kami peroleh adalah menerusi boling dan renang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Penutupan Sukan Olimpik Khas Negeri Sarawak Edisi Ketujuh 2025 di Kuching pada Ahad.

Ruhana bagaimanapun menjelaskan, setakat ini atlet yang akan menyertai kejohanan peringkat kebangsaan di Perak masih belum diputuskan.

“Perkara ini akan dibincangkan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah yang juga Presiden Special Olympics Sarawak,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan