Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kemuncak hujan meteor Eta Aquarids dijangka berlaku tengah malam ini. Foto Agensi Angkasa Malaysia-MYSA (Facebook)

Kemuncak hujan meteor Eta Aquarids dijangka berlaku tengah malam ini – MYSA

ByBernama

PUTRAJAYA, 5 Mei: Kemuncak fenomena hujan meteor Eta Aquarids dijangka berlaku pada tengah malam 6 Mei sehingga sebelum matahari terbit dengan purata 50 meteor per jam.

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dalam hantaran di laman Facebook memaklumkan, fenomena hujan meteor Eta Aquarids boleh dilihat sejak 19 April lepas hingga 28 Mei ini.

“Kenampakan hujan meteor itu adalah baik selepas bulan (fasa sukuan akhir) terbenam pada 2.29 pagi (6 Mei),” menurut hantaran itu hari ini.

MYSA memaklumkan antara perkara yang boleh dilaksana untuk mencerap hujan Eta Aquarids adalah dengan melakukan pencerapan di kawasan yang lapang dan tiada halangan seperti bangunan tinggi, pokok atau rumah.

“Cuba dapatkan pemandangan langit yang luas. Jauhi persekitaran yang bercahaya dan kawasan lebih gelap adalah yang terbaik,” menurut MYSA.

Hujan meteor Eta Aquarids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Aquarius, tetapi kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah.

Hujan meteor ini dinamakan sempena bintang paling terang dalam buruj Aquarius, iaitu Eta Aquarii dan fenomena ini berlaku setiap tahun apabila bumi beredar mengelilingi matahari merentasi laluan orbit komet 1P/Halley atau dikenali sebagai Komet Halley. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan