Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba memadam kebakaran kandang ayam yang mengakibatkan 20,000 ayam terbakar di Kampung Rampayan Ulu, Kota Belud. Foto JBPM

20,000 ayam terbakar dalam kebakaran kandang di Kota Belud

ByTVS

KOTA BELUD, 5 Mei: Sebanyak 20,000 ekor ayam terbakar selepas kandang ternakan separuh kekal di Kampung Rampayan Ulu musnah dalam kebakaran tengah hari tadi.

Menurut Komander Operasi, Farhad Abdullah, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 12.34 tengah hari sebelum 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud digerakkan ke lokasi sejauh 31 kilometer.

“Kandang itu dilaporkan terbakar hampir 95 peratus setibanya pasukan di lokasi kejadian. Operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan air daripada jentera bomba serta tangki simpanan air di premis tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.56 tengah hari dan operasi ditamatkan empat minit kemudian selepas pemeriksaan keselamatan dibuat.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan