Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kepelbagaian adalah aset Malaysia yang perlu dipelihara dan diberi penghargaan dengan penuh rasa tanggungjawab.

Kepelbagaian, aset Malaysia yang perlu dipelihara

ByBernama

PUTRAJAYA, 10 April: Kepelbagaian adalah aset Malaysia yang perlu dipelihara dan diberi penghargaan dengan penuh rasa tanggungjawab, kata Menteri Perpaduan Negara Dato Sri Aaron Ago Dagang.

Merujuk kepada sambutan Vaisakhi oleh masyarakat Sikh, Songkran (Siam), Tamil Puthandu (Tamil) dan Vishu (Malayalam) pada 13 dan April ini, beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab semua untuk mendidik generasi akan datang mengenai kepentingan memelihara kepelbagaian itu.

“Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam memupuk rasa hormat dan kefahaman terhadap kepelbagaian.

“Anak-anak perlu dibesarkan dalam suasana yang menghargai setiap perbezaan, iaitu mereka diajar untuk melihat kekayaan dalam kepelbagaian dan bukannya melihatnya sebagai sesuatu yang memisahkan kita,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Aaron berkata kesemua perayaan itu bukan sekadar sebuah tradisi, tetapi adalah manifestasi kepada semangat perpaduan yang tersemat dalam kalangan rakyat Malaysia MADANI.

“Marilah kita bersama-sama meraikan keindahan kepelbagaian, menghargai setiap budaya dan terus membina negara yang lebih bersatu padu, harmoni dan berjaya. Selamat menyambut Vaisakhi, Songkran, Tamil Puthandu dan Vishu kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan