Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Gong Pak Jin, di sini malam semalam. Foto media sosial

Penunggang motosikal maut kemalangan dengan kereta

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 4 April: Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Gong Pak Jin, di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa Ahmad Faizal Zakaria, 33, maut di tempat kejadian akibat cedera di kepala.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 10 malam dan siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan pulang dari kedai serbaneka 7 Eleven menuju ke rumahnya di Kampung Gong Datok, Mengabang Telipot manakala kereta Perodua Ativa dari arah Taman Kasturi Indah, Kampung Gong Pak Jin.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta berhenti untuk membelok ke kanan. Tiba-tiba mangsa yang datang dari arah bertentangan terlanggar bahagian pintu hadapan sebelah kiri kereta berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azli berkata mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan