Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak lima kes kemalangan maut direkodkan dalam Op Selamat 24 sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 bermula pada 29 Mac 2025 iaitu selama enam hari dan berakhir semalam. Foto fail TVS

Lima kemalangan maut direkodkan

KUCHING, 4 April: Sebanyak lima kes kemalangan maut direkodkan dalam Op Selamat 24 sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 bermula pada 29 Mac 2025 iaitu selama enam hari dan berakhir semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata, kemalangan maut menunjukkan penurunan dua kes berbanding tujuh kes pada tahun lalu.

“Pengguna kenderaan yang terlibat dalam kemalangan maut pula, pengguna motosikal adalah golongan yang paling ramai terkorban dengan jumlah seramai tiga orang.

“Ini diikuti oleh pengguna kenderaan pacuan empat roda (4WD) iaitu seorang dan pengguna lori juga seorang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, antara punca kemalangan yang berlaku sepanjang tempoh Op Selamat ini adalah kerana kecuaian dan kelalaian pemandu kenderaan sendiri yang gagal mengawal kenderaan semasa memandu laitu melebihi had laju sehingga terbabas, bertembung depan dengan depan, cuai semasa keluar atau masuk simpang dan langgar belakang.

“PDRM Sarawak telah mengeluarkan sebanyak 6,707 saman kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan lalu lintas pada Op Selamat 2025 kali ini iaitu menurun sebanyak 23.8 peratus atau 2,097) saman berbanding Op Selamat tahun lalu.

“Penurunan pengeluaran saman kali ini adalah kerana pihak PDRM lebih kepada advokasi serta memberi tumpuan perkhidmatan kepada pengguna jalan raya dalam kelancaran aliran trafik,” ujarnya.

Namum demikian katanya, penguatkuasaan secara bersasar terhadap kesalahan yang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya tetap dilaksanakan.

“Secara keseluruhannya, Op Selamat 2025 PDRM Kontinjen Sarawak telah berjaya merangka merangkumi Op Lancar dan Omnipressense, Show of Force, Enforcement by Objective serta advokasi nilai murni dalam memastikan respon penyuraian aliran trafik dijalankan selain memantau trend lalu lintas di lokasi yang sering berlaku kemalangan maut,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan