Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Kesihatan (KKM) akan memastikan keperluan perubatan dan kesihatan mangsa kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, yang kini berada di pusat pemindahan sementara (PPS), berada dalam keadaan optimum. Foto Bernama

Kebakaran saluran gas: KKM jamin keperluan perubatan di PPS optimum – Dr Dzulkefly

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 April: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memastikan keperluan perubatan dan kesihatan mangsa kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, yang kini berada di pusat pemindahan sementara (PPS), berada dalam keadaan optimum.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata langkah ini diambil bagi memastikan mangsa yang dikenal pasti mempunyai penyakit sedia ada menerima penjagaan kesihatan yang terbaik sepanjang tempoh penempatan mereka di PPS Masjid Putra Heights.

“Saya mendapati penjagaan kesihatan ini tidak tergendala, dan kami juga menggunakan MySejahtera yang memberi maklumat secara segera berkaitan ubat yang diperlukan oleh mangsa-mangsa ini.

“Selain itu, Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) memastikan sokongan emosi dan kestabilan mental mangsa dalam keadaan yang sejahtera,” katanya kepada pemberita selepas melawat PPS Masjid Putra Heights, di sini hari ini.

Dzulkefly berkata seramai tujuh petugas dari klinik kesihatan daerah, 12 daripada MHPSS, dan tiga daripada pejabat kesihatan daerah memberikan perkhidmatan kesihatan di PPS tersebut. Mereka turut menerima sokongan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Setakat tengah hari ini, PPS Masjid Putra Heights menempatkan seramai 379 mangsa dari 97 keluarga keluarga.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan